derma nuff

“ Selamat Datang..Sila Tinggal Link Kat Komen, Nanti Sue Balas Kunjungan”

Selasa, 2 Ogos 2011

resepi juadah berbuka puasa: nasi tomato & ayam masak merah

hari ni hari kedua puasa....so,sempat lagi kan sue nak ucapkan kepada semua, selamat menyambut ramadhan :)

sue pagi tadi pun sahur makan oat  + milo panas jerr....
makin ramping le sue nt..hehe
tu pun kalau ramping..lau makin debab??sape nak tolong jawab?? :P

ok lah, sue nak kongsi satu menu untuk berbuka..mudah dan simple je,


RESEPI NASI TOMATO.


                    


Bahan-bahan ( 4 orang ) 


2 cawan beras basmati 
2 biji tomato-potong dadu  

2 cawan air  1/2 cawan susu  
3 sudu besar sos tomato  
1 helai daun pandan  
sedikit garam
 ~ Bahan tumis ~ 
2 sudu mentega/ minyak sapi 
2cm kulit kayu manis  
1 kuntum bunga lawang 
1 biji buah pelaga  
2 ulas bawang putih-hiris 
1/4 bawang besar dihiris
 ~ Hiasan ~
Bawang goreng  
Cara-cara  
--> Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam Masaklah nasi macam biasa. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng.

dan mesti ade yang tertanya2. habis tu,nak makan ngan lauk ape kan?
semua tu ikut selera korang la...ade yang suke ngan gulai ayam,kari or sebagainya..tapi,dengan ayam masak merah pun boleh..sini ade resepinya:

ayam masak merah

Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit

~~ Bahan-bahan kisar ~~
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato

~~Bahan Hias ~~
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya

Cara-cara
1.Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak

2.Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.

3.Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.

4.Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.


______________________________________________________
nyum3....sedapnya..nanti boleh la cube sebagai juadah berbuka puasa..mudah je kan? :)
p/s: cube jangan xcube :)

credit to: resepi


Tiada ulasan: