derma nuff

“ Selamat Datang..Sila Tinggal Link Kat Komen, Nanti Sue Balas Kunjungan”

Selasa, 3 September 2013

Resepi Puding Trifle sedap dan mudah!

dah lama rasanya xmenulis kan..kongsi resepi pun tak jugak...sibuk dengan praktikum sampai tak sempat nak update blog..so, hari ni gagahkan diri juga update...hari ni sue teringin nak kongsi satu RESEPI PUDING TRIFFLE yang sedap dan enak! dan yang paling penting dalam perkongsian resepi di blog sue ialah, ianya MUDAH! sape-sape yang baru nak berjinak masuk dapur or new housewife cam sue ni leh la mencuba..pasti menjadi! betul..sue xtipu....sue dah buat masa jamuan raya kat sekolah ritu..sue buat kek karamel dan puding triffle ni...haa..jadi hidangan untuk VVIP puding iolls pada hari tu tauuu...siap ade nak tempah lagi..hehe..kek karamel pun ade cikgu sekolah dah tempah..sue jual RM 25 sebijik! pasal kek karamel, nanti sue citer..heheh...now, kita kongsi resepi puding triffle...cume masalah sue adalah,xsempat snap picture, puding n kek dah licin!! grrrr...


begini ni lah lebih kurang..maaf ya bapak dan nona..kasi pinjam picture sebentarrrrr!!



ape2, jom try!!



PUDING TRIFLE


Bahan-bahan

1 tin susu cair

1 sudu besar gula

4 sudu besar tepung kastard

1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard

½ biji kek gulung sederhana saiznya (guna yg wrna hijau perisa pandan tu lg sedap!)

1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya

1 peket agar-agar jeli kristal Nona

1 mangkuk air panas

Cara-cara :

1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.

2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.

3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.

4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.

5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.

6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.

7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan. 


pasti sedap menjilat bekas!
hehhe

p/s: dah buat, jgn lupa kongsi! gtau la sedap ke x? hehhehee

19 ulasan:

aniswany lazim berkata...

yes btol!sangat senang & sedap sbb anis yg xpandai bake ni pn blh buat..hihi

Puan Suraya berkata...

hehe..kan anis...ni sue nak buat utk suami n mertua pulak..suami balik nanti leh makan..hehe..hujung minggu lak buat hantar kt mertua :D

#tips untuk disayangi mertua dan suami..hehehe

Che Rosliza Che Mat berkata...

sedapnya...boleh akak cuba nanti...

Puan Suraya berkata...

boleh kak..silakan..hehehe

nanY Ynan berkata...

sy nak cuba buat, if kek gulung pandan 2 diganti kpd kek pandan(jenama apollo) blh x?

nanY Ynan berkata...

kek gulung pandan blh ganti kpd kek pandan(jenama apollo) blh ke?

Fiena Anwar berkata...

Untuk bekas besar mana?

Arinie Ghazali berkata...

Sedapnya. Boleh cuba nnt ni

Gieyana berkata...

Tgh google nk buat n jumpa blog ni. Thks kongsi resepi yer..:)

Anna Swan berkata...

SalAm sis...mangkuk tunsaiz ape

Puan Suraya berkata...

nany ynan : boleh je...ikut suke selera.... :)

fiena anwar: saiz bekas pun ikut kesukaan kita... kalau makin kecik, makin tebal hasilnya...kalau makin besar, makin nipis...

arinie ghazali: memang sedap...mesti cuba punya.. :D

gieyna : sama2.... kongsi kongsi lagi bagus :)

anna swan : saiz bekas pun ikut kesukaan kita... kalau makin kecik, makin tebal hasilnya...kalau makin besar, makin nipis...

Norliza Ibrahim berkata...

Google tertarik kat blog ni.. mmg nak buat malam ni.. hee x sbr.. tq resepi....

Hawa Wati berkata...

Sedapnyer.....
Boleh cuba ni.

Jom singgah
vitaliciuos2u.blogspot.com

syue chan berkata...

suaya.. org bru nak buat! kahkahkahkahh XD

izan iemanz berkata...

nk try jg..nx week kwn2 hubby nk dtg..doakn bjy k

izan iemanz berkata...

nk try jg..nx week kwn2 hubby nk dtg..doakn bjy k

Amin Sabri berkata...

Asslmuakum sis... brapa lama kek nie boleh simpan

ziera berkata...

Mcm best jer kan..

Nadzihah Nawi berkata...

Kalau nak lebihkan kek gulung tu boleh ke? Tp nk guna acuan untuk puding tu sebanyak yg resepi di atas

Suami Isteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...