derma nuff

“ Selamat Datang..Sila Tinggal Link Kat Komen, Nanti Sue Balas Kunjungan”

Rabu, 8 Januari 2014

Resepi Spaghetti Asam Pedas Mudah Dan Sedap!


LAPARR.....tu lah perasaan sue sekarang...bukan senang nak lawan nafsu makan ni....tapi disebabkan keinginan untuk slim mengatasi nafsu makan sekarang, sue tetap masih bertahan,,,ahahah... tapi kan...bercakap soal makan, sue ni jenis tekak kampung sikit... makanan western ni kureng sikit...makan jugak...cuma nak makan 2, 3 kali seminggu tu tak la.... hoho... kalau makan pun makan kat luar..sekli sekala je masak kat rumah western food ni... cume sekarang, ade resepi yang mengabungkan kampung dan western ni...iaitu.. RESEPI SPAGHETTI ASAM PEDAS! ha...amik kauuu...asam pedas terussss.....

ayooo...cakap banyak sal makanan ni pun masalah jugak...dah start rasa nak gi cari makanan..hahaha...meh2...tengok resepi kat bawah...

kalau sue masak, xde la nak hias bagai macam ni...sekejap je abis...ahhaa

bahan -bahan :

  • 200 gm spaghetti
  • 200 gm udang galah / udang biasa ( buang bghian kpla dan ekor )
  • 2 sudu besar lada mesin / lada giling
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil minyak masak (utk rebus spaghetti)
  • sedikit serbuk lada hitam
  • minyak untuk menumis
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
bahan dikisar halus :
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia

cara menyediakan :

  1. jerang air bersama sedikit garam dan minyak masak. setelah mendidih, masukkan spaghetti dan biar sehingga menjadi lembut. tuskan.
  2. gaulakn udang bersama kunyit dan sedikit garam untuk digoreng dalam minyak panas sehingga garing dan ketepikan.
  3. panaskan sedikit minyak didalam kuali untuk menumis semua bahan kisar. setelah naik bau, masukkan lada.kacau sehingga pecah minyak.
  4. masukkan udang, asam gelugur, garam gula dan serbuk lada hitam. tambah sedikit air dan biarkan sehingga mendidih.
  5. makan bersama spaghetti rebus tadi dan kaup balikkan sehingga ia bergaul rata.

p/s: air boleh diganti dengan stok udang sebagai panambah perisa. :)

3 ulasan:

Unknown berkata...

Macam sedap jer.. Nak try buat arr nnt..thanks share.. :)

Unknown berkata...

Macam sedap jer.. Nak try buat arr nnt..thanks share.. :)

Unknown berkata...

Thanks share. 🙂