derma nuff

“ Selamat Datang..Sila Tinggal Link Kat Komen, Nanti Sue Balas Kunjungan”

Isnin, 27 Mac 2023

RESEPI KEK KARAMEL PELANGI (SUKATAN CAWAN) JUADAH BERBUKA PUASA













RESEPI KEK KARAMEL PELANGI  :D

bahan2 yang diperlukan : 

- 6 biji telur (sebolehnya gred A)
- tepung gandum
- minyak jagung
- baking powder
- gula
- cream of tartar
- esen vanilla
- susu sejat
- air


nak tahu kuantiti setiap bahan diatas? ha! tengok ni...
PERHATIAN! ADE 3 BAHAGIAN UTK BUAT KEK KARAMEL NI.
untuk kek ade 2 bhgian....
BAHAGIAN A: 
Meringue 
- 6 putih telor ( jgn ade wlaupun setitik kuning telor @ setitik air pun nanti meringue xjadi)
- 4 sudu besar gula kastor
- 1 sudu teh krim tartar 
Putar hinggga adunan kental yang tidak jatuh jika diterbalikkan)
BAHAGIAN B:
- 1 cawan tepung gandum
- 4 sudu besar  gula kastor
- 3 kuning telor
- 135 ml air
- 1 sudu teh baking powder
- 1/3 cawanl minyak jgung
Putar kuning telor, air gula dan minyak sehingga kembang
- Masukkan tepung yang di campurkan dengan baking powder,
 - Kacau sebati,
- *campurkan a dan b dengan kaedah kaup balik sahaja
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BAHAGIAN KARAMEL
UNTUK Gula hangus  - 2 atau 4 sudu besar gula kasar. (ikut suka nk mnis or xmnis). masak ats api (dlm loyang 8cm) dan biar cair seketika
Bahagian atas (karamel)
-  1 cawan susu cair 
- 4 sudu besar gula kastor
- Setengah sudu teh esen vanila
- 3 kuning telor
- Kacau sebati perlahan

cara2 :
1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnekan dan diperisakan. (adunan xkan tenggelam dalam karamel)
3. Panaskan oven selama sepuluh minit. 180 drjah celcius.
4. Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi (bakar kaedah stim bake untuk elakkan karamelnya hangus)
5. 45 minit pertama bakar guna api bawah sahaja. Dan 15 minit lg api atas dan bawah.
6. Bila kek dah masak, biarkan sejuk jgn letak dlm peti, kek akan turun dan mengecut dengan sendirinya dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan – lahan dan tengoklah hasilnya pasti anda akan tersengih lebar sebab kek jadi atau meraung tarik2 rambut sebab karamelnya melekat hehehehehe
selamat mencuba!!

Rabu, 25 September 2019

EMAK

EMAK

satu panggilan yang cukup ringkas namun terlalu bermakna. Diri ini sangat-sangat merindui untuk memanggil dan mendengar suara insan yang bergelar EMAK ini menyahut panggilan..bahkan andai suara itu dapat didengar walaupun dalam keadaan membebel, aku sanggup...sungguh aku rindu.

9 APRIL 2017
satu tarikh yang takkan aku lupa. Tarikh di mana aku kehilangan EMAK buat selama-lamanya. Tiada lagi pelukan dan ciuman mesra dan hangat darinya. Apatah lagi belaian manja walaupun umurku sudah di akhir 20 an..EMAK sentiasa memanjakanku, menyuapkan ku makan walaupun aku sendiri sudah punyai anak. Tapi kasih EMAK tak pernah hilang. Aku masih lagi digelar "ADIK" :') seminggu sebelum mak jatuh sakit pun,mase tu adik yang demam teruk... mak masakkan macam2 makanan yang adik suka walaupun adik tak minta...rupanya tu pun dah satu tanda mak nak tinggalkan adik...

EMAK... Sungguh adik rindu.. adik memang tidak rasa kesal kerana sepanjang emak sakit, tak ke sekolah kerana xsanggup nak tinggalkan mak...masa tu adik tak kisah apa yang nak jadi, asalkan adik ada disisi emak...adik sudah buat semampu dan seikhlas sedaya upaya adik utk jaga emak. bahkan adik sanggup mohon untuk cuti tanpa gaji untuk jaga emak. tapi Allah SWT lebih sayangkan mak...

adik ingat lagi...mak kena stroke yang teruk...sehinggakan mak xboleh bercakap dan kadang kala mak seolah olah tidak kenal sesiapa... tapi ada satu malam pada pukul 4 pagi,  selepas adik suapkan susu melalui tiub utk mak..adik duduk dan sandarkan kepala disisi emak yang berbaring...tiba-tiba mak usap kepala adik... mak pegang tangan dan cium tangan adik... Allah..masa tu adik suka sangat.... adik tanya, mak ingat adik ye... mak senyum je... tp tiba2 fateh menangis nak menyusu, lalu adik mohon untuk berbaring menyusukan anak... bila selesai, adik pergi duduk disisi emak, tapi emak membuat isyarat meminta adik kembali berbaring dan tidur...mungkin mak kesiankan adik dan nak adik rehat...

dan adik ingat lagi... mak tak boleh tengok adik pakai tudung...mak akan macam nk marah dan sedih, tak bagi adik pergi mana-mana takot adik tinggal mak..sedangkan adik nak keluar belikan pampers mak je...adik bukan nak pergi mana-mana...masa mak masih  kat hospital sebelum tu pun, mak tak nak orang lain tukarkan pampers dan basuh berak mak...sedangkan ade je yang jaga mak masa tu,..mak tunggu adik jugak....adik tak kisah..bahkan adik gembira sebab mak nak adik yang basuh dan tukarkan pampers mak...berbesar hati adik dapat buat semua tu... mak bagi peluang untuk adik jaga dan kasihkan mak...terima kasih mak :')

sebelum mak kena strok pun, adik ingat lagi.... makanan terakhir yang mak makan pagi tu pun, nasi goreng putih yang mak minta adik buat...tanpa minyak..dan minum milo...lepas tu adik mandikan mak dan mak berbaring...adik minta izin nak mandikan anak dlu...cepat2 adik mandikan fateh..xsampai 15 minit pun.. tiba2 bila adik gi duduk dekat tempat mak baring, mak dah xsedarkan diri..mak dah kena stok mase tu :'( lepas tu mak dah  tak boleh makan macam biasa.... hanya susu melalui tiub..

mak...

lepas mak dah pergi...adik rupanya mengandung... Allah hadirkan seorang insan buat pengganti...walapupun xpernah terganti pun... MUHAMMAD ZIYAD FARHAN... pertambahan kegembiraan... tak sempat nak kenal tok wan dia...tapi adik yakin dan pasti, kalau mak masih ada, mesti mak sangat2 manjakan dan sayang cucu2 mak kan...

dan lepas mak pergi, adik jadi tak tentu hala...dengan keadaan mengandung, PJJ dengan suami,... adik depression... adik pernah excident  terbabas sorang2 sebab masa bawa kereta tiba2 otak jd kosong, xdapat fikir or buat apa2...tp Alhamdulillah...akhir tahun 2017, adik dapat tukar balik Terengganu... bestnye kalau mak masih ada kan... mesti mak rasa suka dan gembira sangat2.... ayah pun sampai menangis bila adik beritahu yang adik berjaya pertukaran masa tu....


sekarang, dah dua tahun lebih mak tinggalkan kami... tak pernah kami tak rindu...pernah je adik call phone mak dengan harapan dapat dengar suara mak... hahahaha...giler kan penangan rindu ni... pernah je adik cakap sorang2 seolah2 adik tgh cakap ngan mak... sebab nak luahkan segala rasa dihati...

AL FATIHAH buat mak.... NORIZAN BT MD KAHA...

semoga mak sentiasa tenang dan damai disana... :')