derma nuff

“ Selamat Datang..Sila Tinggal Link Kat Komen, Nanti Sue Balas Kunjungan”

Isnin, 27 Mac 2023

RESEPI KEK KARAMEL PELANGI (SUKATAN CAWAN) JUADAH BERBUKA PUASA













RESEPI KEK KARAMEL PELANGI  :D

bahan2 yang diperlukan : 

- 6 biji telur (sebolehnya gred A)
- tepung gandum
- minyak jagung
- baking powder
- gula
- cream of tartar
- esen vanilla
- susu sejat
- air


nak tahu kuantiti setiap bahan diatas? ha! tengok ni...
PERHATIAN! ADE 3 BAHAGIAN UTK BUAT KEK KARAMEL NI.
untuk kek ade 2 bhgian....
BAHAGIAN A: 
Meringue 
- 6 putih telor ( jgn ade wlaupun setitik kuning telor @ setitik air pun nanti meringue xjadi)
- 4 sudu besar gula kastor
- 1 sudu teh krim tartar 
Putar hinggga adunan kental yang tidak jatuh jika diterbalikkan)
BAHAGIAN B:
- 1 cawan tepung gandum
- 4 sudu besar  gula kastor
- 3 kuning telor
- 135 ml air
- 1 sudu teh baking powder
- 1/3 cawanl minyak jgung
Putar kuning telor, air gula dan minyak sehingga kembang
- Masukkan tepung yang di campurkan dengan baking powder,
 - Kacau sebati,
- *campurkan a dan b dengan kaedah kaup balik sahaja
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BAHAGIAN KARAMEL
UNTUK Gula hangus  - 2 atau 4 sudu besar gula kasar. (ikut suka nk mnis or xmnis). masak ats api (dlm loyang 8cm) dan biar cair seketika
Bahagian atas (karamel)
-  1 cawan susu cair 
- 4 sudu besar gula kastor
- Setengah sudu teh esen vanila
- 3 kuning telor
- Kacau sebati perlahan

cara2 :
1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnekan dan diperisakan. (adunan xkan tenggelam dalam karamel)
3. Panaskan oven selama sepuluh minit. 180 drjah celcius.
4. Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi (bakar kaedah stim bake untuk elakkan karamelnya hangus)
5. 45 minit pertama bakar guna api bawah sahaja. Dan 15 minit lg api atas dan bawah.
6. Bila kek dah masak, biarkan sejuk jgn letak dlm peti, kek akan turun dan mengecut dengan sendirinya dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan – lahan dan tengoklah hasilnya pasti anda akan tersengih lebar sebab kek jadi atau meraung tarik2 rambut sebab karamelnya melekat hehehehehe
selamat mencuba!!

Tiada ulasan: