p/s: banyak ag xciap..any comment? hehe
“ Selamat Datang..Sila Tinggal Link Kat Komen, Nanti Sue Balas Kunjungan”
Rabu, 18 April 2012
Jumaat, 13 April 2012
panas hangat dan terbakar!
salam semua...lama rasanya tak update blog...hurmm...asyek bergelumang dengan esemen.bertimbun!!fuhhhh...baru je lepas hantar satu folio....jem juga rasa...sebabnya hari isnin baru2 ni IPG kami terbakar!!!wah2.... ayat tu rasa macam over..huhu...sebenarnya xterbakar pun..cume rumah tempat letrik TNB tu yg terbakar something kat dalamnya...entah orang panggil ape ek tempat tu?stor letrik tu ade kat IPG ni...berwarna kelabu dan line merah biru pastu ade lambang TNB...
haaa..macam kat bawah ni la rupenye...
org pnggil pe ek stor ni??
hohoho...sue tak tahu ape...encik2 TNB, boleh tolong bagitahu tak ini ape?
ok2..berbalik pada cerita,...memndangkan benda alah tu terbakar, maka seluruh IPG terputus bekalan eletrik...semua belajar macam duk dalam microwave..jadi,ramai la yang jadi ayam bakar..hoho..
tapi kami sebagai cikgu2 yang berwibawa,dan profesional,bersabar dengan keadaan tu....wah2..ayat nak hebat je kn...
habis je kelas, kami pun pulang ke asrama dan berharap eletrik akan ade macam biasa ...tapi sayang seribu kali sayang..harapan ku hancur musnah umpama pelamin anganku musnah..kami dapat berita yang kami akan ketiadaan bekalan eletrik dan air selama seminggu!! warggghhh..jadi orang asli la pasni..
tapi kami cuba sabar lagi la...mende dah nak jadi nak wat cam ne kan...ikhtiarkan la...cume kami risaukan esemen yang bertimbun, cam ne nak buat if tiade bekalan letrik..sume benda nak kena print,taip..nak keluar g print tempat lain n buat keje tempat lain? bukan semua diantara kami ade pengangkutan air,darat mahupun udara...
jadi, kami pun berpakat telefon seorang lecterer yang minta kami submit keje dia pada hari khamis..kami telefon untuk minta tunda tarikh pada hari ahad mnggu seterusnya...maknanya minta tangguh dua hari la supaya hujung minggu dapat balik kampung dan siapkan di kampung ...namun...hancur hatiku. mengenang dikau...menjadi keping2..lalala...hohoho..tau x? lec tu xnak bertolak ansur dan tetap nak pada hari khamis jugak!!! ggrrrr... smua pakat rasa lebih hangat panas daripada biasa..sue pun tahu..tekanan kot..macam mane nak buat keje kn...macam dia xpikir je msalah student ni... tapi naluri sue mengatakan, dia saje je cakap nak hari khamis, tapi sue berani kerat jari yang dia xde kat IPG pada hari tersebut sbb dia pantang ade cuti, mmg akan balik rompin... dan memang sah!!! semalam sue g hantar esemen, bilik dia siap berkunci lagi kott...dan dia dekat rompin,balik rumah bini dia.hahahaha...see...sue sangat mengenali lectere sue . sue yakin ramai yang rasa ramai yang hantuk kepala kat dinding bila tahu cerita ni.hahaha.sakit hati.ok.
rasa sngat fuuuuuu....macam kat komik fuuubook tu..hoho
p/s: harap2..nanti sue dah jadi cikgu, sue xbuat anak2 murid sue macam tu.... amin..
Isnin, 2 April 2012
HARUS BACA! Fakta Tentang Lelaki
Fakta mengenai lelaki
1)Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
2)Lelaki benci kekasih di'ngurat'
3)Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
4)Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
5)"Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
6)Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
7)Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
8)Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
9)Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
10)Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
11)Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..
12)Lelaki juga boleh menangis!
13)Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
14)Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
15)Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
16)Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
17)Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
18)Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
19)Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
20)Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi
21)Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
22)Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.
23)Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
24)Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
25)Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
26)Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri.
27)Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
28)Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
29)Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
30)Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
31)Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
32)Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
33)Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
34)Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
35)Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
36)Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
37)Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
38)Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
39)Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
40)Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.
p/s: guys....betol ke korang cm ni? ? :D
Langgan:
Catatan (Atom)