Pages

Rabu, 17 Julai 2013

Resipi Kek Gula Hangus


assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...hari ni sue nak kongsi resipi Kek Gula Hangus..sue pernah buat kek ni masa keluarga encik suami datang merisik hari tu..kek ni simple, senang, mudah dan sewaktu dengannya..hehe..sangat senang la maksudnya...cekidout---->




sue ni kn jenis selalu lupa amik gambar..jadi, atok google la tolong... :P



bahan-bahan :
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telor
2 camca besar mentega


Cara Membuat:-

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.

2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.

3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. 

4. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7"x7" dan perap adunan selama 3 - 4 jam. Panaskan ketuhar bakar dlm 45 minti dgn kepanasan 150f.


bila dah masak, tnggu sejuk sikit la baru ngap..hehe..sesuai untuk makan bila2 masa dan di mana jua  :P

13 ulasan:

  1. dlu slalu mkn sbb spupu suka masak kek ni..tp xpenah try plak nk buat sniri :D

    BalasPadam
  2. nak tanya, masak gula sampai hangus tu..yang tukar kaler jd coklat tu ke? Tak pahit ke nanti?

    BalasPadam
  3. Sue..masak gula sampai hangus tu sampai tukar kaler coklat hitam ye?Nanti tak pahit ke?

    BalasPadam
  4. tepak sireh seri duta :sehingga ia nampak perang2 coklat gitu....jgn sampai hitam or gelap sangat ...

    BalasPadam
  5. Hai, saya suka resipi ni.. nant saya nak cuba.. TQ
    kalau ada masa jmput jalan2 di blog sy http://beautyhealthylifestyle.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Sy nk cuba resepi nye ye..terima kasih..^_^

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum..cikgu suraya..150f tu brsamaan brapa °c ye?

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum..cikgu suraya..150f tu brsamaan brapa °c ye?

    BalasPadam
  9. saya gunakan multipurpose oven...so suhu kira brape ye...he..he...

    BalasPadam

anda komen,sy balas..terima kasih :)