derma nuff

“ Selamat Datang..Sila Tinggal Link Kat Komen, Nanti Sue Balas Kunjungan”

Isnin, 27 Mac 2023

RESEPI KEK KARAMEL PELANGI (SUKATAN CAWAN) JUADAH BERBUKA PUASA













RESEPI KEK KARAMEL PELANGI  :D

bahan2 yang diperlukan : 

- 6 biji telur (sebolehnya gred A)
- tepung gandum
- minyak jagung
- baking powder
- gula
- cream of tartar
- esen vanilla
- susu sejat
- air


nak tahu kuantiti setiap bahan diatas? ha! tengok ni...
PERHATIAN! ADE 3 BAHAGIAN UTK BUAT KEK KARAMEL NI.
untuk kek ade 2 bhgian....
BAHAGIAN A: 
Meringue 
- 6 putih telor ( jgn ade wlaupun setitik kuning telor @ setitik air pun nanti meringue xjadi)
- 4 sudu besar gula kastor
- 1 sudu teh krim tartar 
- Putar hinggga adunan kental yang tidak jatuh jika diterbalikkan)
BAHAGIAN B:
- 1 cawan tepung gandum
- 4 sudu besar  gula kastor
- 3 kuning telor
- 135 ml air
- 1 sudu teh baking powder
- 1/3 cawanl minyak jgung
- Putar kuning telor, air gula dan minyak sehingga kembang
- Masukkan tepung yang di campurkan dengan baking powder,
 - Kacau sebati,
- *campurkan a dan b dengan kaedah kaup balik sahaja
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BAHAGIAN KARAMEL
UNTUK Gula hangus  - 2 atau 4 sudu besar gula kasar. (ikut suka nk mnis or xmnis). masak ats api (dlm loyang 8cm) dan biar cair seketika
Bahagian atas (karamel)
-  1 cawan susu cair 
- 4 sudu besar gula kastor
- Setengah sudu teh esen vanila
- 3 kuning telor
- Kacau sebati perlahan

cara2 :
1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnekan dan diperisakan. (adunan xkan tenggelam dalam karamel)
3. Panaskan oven selama sepuluh minit. 180 drjah celcius.
4. Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi (bakar kaedah stim bake untuk elakkan karamelnya hangus)
5. 45 minit pertama bakar guna api bawah sahaja. Dan 15 minit lg api atas dan bawah.
6. Bila kek dah masak, biarkan sejuk jgn letak dlm peti, kek akan turun dan mengecut dengan sendirinya dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan – lahan dan tengoklah hasilnya pasti anda akan tersengih lebar sebab kek jadi atau meraung tarik2 rambut sebab karamelnya melekat hehehehehe
selamat mencuba!!

Rabu, 23 Oktober 2013

Resepi Kek Span Gebu Sedap Dan Senang!



Assalamualaikum..ape kabor semua? sehat dak? jangan makan daging banyak sangat ye..kang nanti masuk spital plak dek kerana darah tinggi..hehehe..awal2 pesanan kesihatan dah...

oklah.. hari ni sue nk kongsi satu RESEPI KEK SPAN SUPER DUPER MUDAH DAN SEDAP! bagi yang dah tahu, dan bagi yang belum tahu, meh sue nak bagitahu supaya semua tahu yang sue ni kalau memasak or wat kek, sue paling xsuka guna sukatan gram2 ni...sue lebih suka sukatan guna cawan..lagi senang.. (padahal kt umah sue xde penimbang) hahaha...


orkid . sue. kek.
-berpisah tiada-

hahahhaa...nak jugak letak muka sendiri kan..ofkos! iols ubah semula resepi ni sendiri supaya lebih senang dan mudah seperti ABC! ni sue buat perisa keladi sebab pes pandan xde kat umah.kalau pandan mesti lagi sedap..


Ni lah hasil resepi sendiri.. yang kat atas tu bukan hangit tau...tapi rangup dan lembut...cume warnanya keperangan. sangat lembut dan gebu. dan sedap itu pasti!

jom tengok cara-caranya.


BAHAN-BAHAN :

BAHAN A :
- 1 cawan tepung gandum.
- 1 cawan gula.(ni manis2 buah je..kalau nk manis lagi lebihkan gula.)
- 1 sudu besar ovallete.
- 1 sudu kecil baking powder.
- 5 biji telur gred A.

BAHAN B:
- 1/2 cawan air (kalau nk buat yg pandan, gantikan dgn air pandan)
- perisa/pes (ikut suka nak pandan ke, keladi ke..or ape2 aje...)
- pewarna.

BAHAN C:
- 1/2 cawan minyak jagung. 



CARA-CARANYA:

1. masukkan bahan A ke dalam bekas adunan. putar laju selama 5 minit sehingga gebu dan sebati. (jangan lebih-lebih..nt terlalu kembang)

2. Perlahankan pemutar,masukkan bahan B. putar lagi selama 5 minit sehingga sebati.

3. hentikan pemutar, masukkan bahan C dan gaul menggunakan kaedah kaup balik menggunakan sudip / senduk sehingga sebati.

4. panaskan oven selama 10 minit, api atas bawah. griskan loyang dengan mentega dan tuangkan adunan tadi. kek akan sangat naik, jadi tuang lebih kurang separuh ataupun 3/4 loyang sahaja.

5. kemudian bakar sehingga masak.lebih kurang 45 minit.bergantung kepada oven.cucuk lidi kalau nak tahu masak sepenuhnya atau tak..



PERINGATAN!: Sentiasa membuat pemerhatian terhadap kek anda, jika terlalu tinggi naiknya sehingga nak mencecah atap oven, sila guna api bawah sahaja selepas itu, jika tidak, kehangitan akan berlaku..hehehehehehehe

Selasa, 3 September 2013

Resepi Puding Trifle sedap dan mudah!

dah lama rasanya xmenulis kan..kongsi resepi pun tak jugak...sibuk dengan praktikum sampai tak sempat nak update blog..so, hari ni gagahkan diri juga update...hari ni sue teringin nak kongsi satu RESEPI PUDING TRIFFLE yang sedap dan enak! dan yang paling penting dalam perkongsian resepi di blog sue ialah, ianya MUDAH! sape-sape yang baru nak berjinak masuk dapur or new housewife cam sue ni leh la mencuba..pasti menjadi! betul..sue xtipu....sue dah buat masa jamuan raya kat sekolah ritu..sue buat kek karamel dan puding triffle ni...haa..jadi hidangan untuk VVIP puding iolls pada hari tu tauuu...siap ade nak tempah lagi..hehe..kek karamel pun ade cikgu sekolah dah tempah..sue jual RM 25 sebijik! pasal kek karamel, nanti sue citer..heheh...now, kita kongsi resepi puding triffle...cume masalah sue adalah,xsempat snap picture, puding n kek dah licin!! grrrr...


begini ni lah lebih kurang..maaf ya bapak dan nona..kasi pinjam picture sebentarrrrr!!



ape2, jom try!!



PUDING TRIFLE


Bahan-bahan

1 tin susu cair

1 sudu besar gula

4 sudu besar tepung kastard

1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard

½ biji kek gulung sederhana saiznya (guna yg wrna hijau perisa pandan tu lg sedap!)

1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya

1 peket agar-agar jeli kristal Nona

1 mangkuk air panas

Cara-cara :

1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.

2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.

3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.

4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.

5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.

6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.

7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan. 


pasti sedap menjilat bekas!
hehhe

p/s: dah buat, jgn lupa kongsi! gtau la sedap ke x? hehhehee

Isnin, 29 Julai 2013

Resipi Kek Coklat Kukus lembab, mudah dan menjadi! (SUKATAN CAWAN)





Bahan untuk kek coklat.

Bahan A
· 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun ) 
· 1 cawan gula pasir 
· 1 cawan susu cair 
· 1 cawan minyak masak 
· 1/2 cawan susu pekat 
Bahan B 
· 11/2 cawan tepung gandum 
· 1 sudu teh bikarbonat 
· 1 sudu teh baking powder 
· 1 sudu teh esen vanilla 
· 3 biji telur (suhu bilik) 


Cara-cara 
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan. 
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A. 
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati. 
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++ 
5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 
Myresepi_2

6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa 
7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping.. 


BAHAN UNTUK TOPPING (
ganache) NYUMMMM

Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas 

Cara: 
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler. 
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. 
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair. 
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek. 
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek. 
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas. 
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi. 
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. 
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas.. 
* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist 

sila cuba okeyyy...xnyesal nye...konpem jadi.. 


boleh juga kalau nak cuba resepi lain : 
 kek karamel 
puding triffle
char kue teow penang
kek span gebu
lepat pisang
kek pisang
kek gula hangus


KEPADA YANG NAK SHARE DI BLOG, BOLEH...TAPI KREDITKAN LA KE BLOG NI...TQ :)





Sabtu, 4 Jun 2011

pertandingan melukis di TAMAN TAMADUN ISLAM (TTI) TERENGGANU 2011



assalamualaikum semua..lama rasanya sue xupdate blog...sebenarnya sue agak busy...busy mengoogle n mencari idea untuk pertandingan lukisan yang sedang berlangsung di taman tamadun islam (TTI) ..
ni first time sue masuk pertandingan macam ni..setakat ni termasuk sue, ada 4 orang peserta...3 orang lagi adalah pelukis otai iaitu pelukis2 terengganu....sue terasa diri begitu "kecil" dikelilingi mereka..(walaupun ade jugak yg sue lebih tinggi) hihik...




so, kepada sesiapa yang free esok, jom la ke TTI....leh tengok pameran lukisan yang hebat2 daripada pelukis2 terengganu....dan juga meh le join sue..huhu..boring sesorang...pelukis muda xde...so,gegurls..jom..dtg jenjalan pun xpe da...nk buat gathering blogger pun baek.....hihi






p/s: sape dtg sue bagi senyuman..muahahaha