derma nuff

“ Selamat Datang..Sila Tinggal Link Kat Komen, Nanti Sue Balas Kunjungan”

Jumaat, 3 Januari 2014

Sweet Moments 2013 , Be Nice 2014!



Assalamualaikum..belum terlambat rasanya untuk ucapkan selamat menempuh tahun baru 2014.. tapi ni pun short post je... selamat tinggal 2013 yang penuh dengan kenangan manis dan juga kenangan pahit...namun yang pahit, usahlah dikenang...ku anggap itu satu pengajaran buat diri sendiri dan positifkan diri... Allah itu Maha Mengetahui...

antara peristiwa besar dan bermakna dalam hidupku...ikut turutan tarikh la..hehe


1. 13 Januari 2013 - Mohd Thaqiff Fakhruddin

tanggal 13 januari 2013, lahirnya seorang putera saudaraku yang sangat comel dan amat ku sayang...anak sulong kepada kak ila ku dan suaminya..dah nak masuk setahun dah budak ni...sekrang mak yang jagakan kalau kak la gi keje...



2. 25 MEI 2013 - Jadi isteri orang!

ni adalah peristiwa paling bermakna dalam hidupku...sah menjadi isteri kepada encik suami yang hebat! Ya Allah..terima kasih kerana temukan ku dengannya.... lelaki yang selama ini hanya aku kagumi dan minati dalam diam dan  tidak pernah aku sangka akan menjadi suamiku...Alhamdulillah...sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah...



3. Kali pertama berpuasa dan beraya bersama suami

mula2 kenal semula kt facebook dengan encik suami masa ramadhan tahun 2012.. setelah hampir dua tahun lost contact kt fb...tu pun dulu kwn bese je... nk dijadikan cerita kembali dipertemukan... dan ramadhan 2013 dah puasa bersama dan beraya bersama...Alhamdulillah..tahun ni raya pertama dirumah suami...tahun depan insyaAllah di rumah mak ayah di marang pula...


pic ni mase xbrape kembang..sekarang lagiiii kembang....dalam proses kempiskan balik....hihihi..duk bertanding ngan encik suami siapa kurus dulu! chaayyyookk2!

4. first time dapat kad raya dari seorang insan yang sangat bermakna!

gambar kad tak perlu la kot sue post kt sini sebab bg sue kad tu tersangatlah privasi dan kandungannya hanyalah untuk kami je yang baca,... cuma yang boleh sue ckp, ianya sangat menyentuh hati seorang wanita bergelar isteri...terima kasih abang! bukan senang tau nk tangok encik suami tunjuk keromantisannya begini...selalunye dia tunjukkan kasih sayangnya dengan cara yang lain dan tersirat..pandai2 la isteri nilai dan paham kasih sayang seorang suami...tak semestinya 24 jam romantis... :D


jadi, boleh dikatakan tahun 2013 sangatlah tahun yang bermakna bagi sue....indahnya dan bahagianya mendapat seorang suami..lengkap rasa hidup ni..tambahan pula dapat suami yang membimbing, tidak memaksa, memahami dan .....biarlah sue lengkapkan ayat yang seterusnya tu dalam hati je... :) yang penting, kita sebgai isteri, jaga diri, jaga kehormatan diri dan suami, hormat..dan yang mana kurang dan lemah kita perbaiki..insyAllah, bahagia rumahtangga...

p/s: tak sabar nak habis tahun 2014 ni dan grad! pastu dpt la rancang untuk dapat perot bulat macam belooooonnnnn..hihihi,...ya Allah..bahagianya..

- terima kasih Allah -





1 ulasan:

imm berkata...

salam kenal,,menarik blog ni.saye follow ye :)

Suami Isteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...