derma nuff

“ Selamat Datang..Sila Tinggal Link Kat Komen, Nanti Sue Balas Kunjungan”

Khamis, 16 Disember 2010

Sucikah Cinta: PART 1

~Nukilan sepenuhnya oleh Suraya ismail~~



   Suasana di rumah sewa sungguh sepi pagi itu. Mungkin kerana ramai yang belum bangun tidur, ataupun mungkin masing-masing berkurung di dalam bilik kerana exam bakal menjelma. Begitulah suasana di rumah itu bila tiba penghujung semester. Tidak banyak program dijalankan di kolej kerana masing-masing sibuk memikirkan peperiksaan yang bakal tiba. Balqis mengeluh kecil. Sungguh terasa kebosanan berada di rumah sewa itu. Lantas dia bangun dan merapikan tempat tidurnya. Jam di dinding dipandang sekilas. Sudah pukul sembilan pagi. Namun matanya beralih tertumpu pada sebingkai gambar. Lantas dia mencapai bingkai gambar yang terletak di atas meja sebelah katilnya. Lantas ditenung dan diusap gambar itu.Hariz. Dia menyebut nama itu dan berjuntaian manik-manik air mata membasahi pipinya. Lelaki yang pernah bertahta di hatinya. Dia begitu ikhlas mencintai lelaki itu. Hariz ada semua ciri-ciri lelaki idamannya. Namun cinta mereka tak bertahan lama. Malah, jarak juga menjadi punca hubungan mereka bermasalah. Manakan tidak, dia di Pahang, manakala Hariz di Sabah.Balqis mengeluh perlahan.Dia amat merindui lelaki itu. Di manakah Hariz sekarang? Sihatkah? Sudah kawinkah dia? Walaupun sudah setahun lebih hubungan cintanya bersama Hariz putus, memang sukar untuk dia melupakan Hariz. Hubungan yang putus dek kerana tiadanya kepercayaan dalam hubungan dan salah faham. Namun dia tidak berdaya mempertahankan hubungan itu kerana terlalu sakit hatinya dihina hanya kerana kesilapan kisah silam yang lalu. Memang benar dia lebih suka berkawan dengan lelaki berbanding perempuan. Mungkin kerana sikapnya dari kecil seorang yang agak tomboy dan suka berkawan dengan lelaki masih kekal hingga kini. Namun dia hanya menganggap mereka semua sebagai kawan, tidak lebih. Tapi sikapnya itu sering di salah erti. Kini hatinya seolah tertutup untuk bercinta. Bukan kerana dia bencikan lelaki, tetapi kerana dia terasa dirinya tidak layak lagi didampingi. Lamunan Balqis terhenti apabila telefonnya berbunyi,minta dijawab. Pada skrin, tertera nama Ikmal. Lantas dia menekan punat hijau,menjawab panggilan itu. Setelah selesai berbual, Balqis tersenyum dan mencapai tuala berwarna kuning lembut di birai katilnya lalu ke bilik air. Panggilan telefon itu tadi serba sedikit membuatkan dirinya ceria.
Bunyi hon kedengaran dari depan rumah. Itu pasti Ikmal.Sedar tak sedar sudah tujuh bulan Balqis mengenali Ikmal, iaitu senior tahun akhir di kolejnya. Ikmal, lelaki berkulit cerah, berkumis nipis, berambut pendek kemas, badan tegap dan tinggi sememangnya sempurna pada pandangan mata Balqis. Pertemuan di kejohanan olahraga kolej membibitkan perkenalan antara mereka. Mereka satu rumah sukan. Perkenalan yang bermula dengan bertegur sapa di laman sosial Facebook kini menjadi semakin rapat. Namun masih belum sehingga tahap bermadu kasih. Hati kecil Balqis mengakui hatinya sedikit terusik dengan kehadiran lelaki yang kian tidak asing dalam hidupnya. Ikmal banyak mengambil berat tentang dirinya. Dari sakit demam hinggalah ke makan minumnya. Dia banyak terhutang budi dengan Ikmal. Malah dia berasa tenang dan selamat berada di samping Ikmal. Namun dia tidak dapat menyangkal kata hatinya yang masih penuh dengan cinta Hariz. Mungkin kehadiran Ikmal hanya sebagai teman rapat atau lebih senang dia menganggap Ikmal sebagai abangnya sendiri. Lamunan Balqis terhenti apabila terdengar sekali lagi bunyi hon. Cepat-cepat dia keluar dan mengunci pintu.

“Sorry,Mal. Saya lambat sikit.”

Balqis masuk ke dalam kereta Kia Spectra milik Ikmal itu.

“ Takpe Qis,..awak sudi keluar ni pun saya dah syukur sangat”

Ikmal tersenyum. Kereta bernombor pendaftaran TAX 2030 itu meninggalkan perkarangan rumah sewa Balqis.


~BERSAMBUNG~


P/S: tunggu sambungan Sucikah Cinta ini. harap sudi bagi komen dan segala komen baik or buruk, amat dihargai.n hope sudi follow...:)

3 ulasan:

Qib berkata...

tengs follow. already followed balik. Komen komen la blog saya. Ker singgah ker, like ker. Hehe. Apa apa laaa

eh, awak kena tag la. Jawab cepat3 cepat. kontes bes ni

Kontest LAGI

syakirah nafis berkata...

bg sy balqis dlm cite ni bkn tomboy..
tp t'lebih hormone estrogen kot..
hihihihii

Tanpa Nama berkata...

lmbt lg ke smbungan nye???