derma nuff

“ Selamat Datang..Sila Tinggal Link Kat Komen, Nanti Sue Balas Kunjungan”

Khamis, 20 Januari 2011

MODEL TERKENAL DI KEJAR PAPARAZI!


salam all..
sape model tu? nak tahu? alaa...siput.. korang kenal? dah lama dia glamour...

sue jeles nim..jeles ngan siput...siput serawak? siput sedut?bukan2...
tapi siput babi....hahaha
atau anak sedara sue, hakimi tu panggil snailpig
memandai jerk si kecik tu ...ajaran siapa?
mak dia jugak..huhuhu..

ha..ni la si hakimi tu yep...
mulut dia tu cakap xmacam budak 2tahun..
eee...geram!rindu kat bucuk cik sue ni!

ehem2...

ok2..sue akan terus kenalkan kat korang siput yang glamour ni...
malah siap "dikartunkan" lagi...
korang kenal gary?
ni haaaa...haiwan peliharaan si span, spongebob..

confirm korang kenal kan...sue suke tengok kartun ni..hehe
*kantoi*

dan ni ade sedikit fakta mengenai si glamour siput vavi ni...

Siput babi atau nama sainsnya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cenkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira. Cangkerang siput babi dewasa mempunyai panjang sekitar 10cm sehingga 12cm dan lebarnya 4 ke 5 cm dengan berat 100 ke 120 gram. Lingkar cangkerang mempunyai arah putaran ke kanan. Dari segi struktur organ pembiakan ia adalah haiwan hemafrodit atau haiwan khunsa di mana ia mempunyai kedua dua organ jantan dan betina. Siput ini berasal dari benua Afrika. Pada kurun ke 20 ia telah di bawa ke India dan kemudianya merebak ke negeri Tropika yang lain. Ia adalah haiwan nokturnal atau haiwan malam. Siput Babi seringkali dianggap sebagai perosak. Disesetengah negara, siput babi dikatakan dimakan, malah dibuat sate.
*sumber wikipedia*

yeks! uat sate? korang sanggup nak makan? eeee..
yang sue tahu, siput sedut dan beberapa jenis siput lain ade la orang makan. tapi siput vavi xpernah lak...
erm...xsanggup nak telan... ~_~

dan ini lah model yang dimaksudkan...


psssssssttt....dia sedang "snailwalk" hahhaha 


p/s: jap2, korang ase ni siput vavi gak ke? sue tengok cam gondang jep...
tahu gondang? siput dalam baruh yang leh dimakan tu :P



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

siput babi uat sate? iyekkk... bayar sejuta pon lom tentu akak makan cek!!!