derma nuff

“ Selamat Datang..Sila Tinggal Link Kat Komen, Nanti Sue Balas Kunjungan”

Ahad, 5 Ogos 2012

resepi ayam goreng berempah

nyummm3..hari ni sue masak ayam goreng berempah...sedap! korang mesti cuba resepi ayam goreng berempah ni...




Bahan-bahan ( 3-4 orang )
7-8 ketul ayam (dibersihkan)
5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
1 inci halia (ditumbuk kasar)
3 batang serai (ditumbuk kasar)
1 sb ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
1 sdt jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
1 sb serbuk kari ayam (dyg guna Adabi)
1 biji telur
2 sb tepung jagung
1 tangkai daun kari
garam secukupnya

Cara-cara
Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing. Gunakan api perlahan shj.

Hidangkan panas2.


pasti sedapppppp..selamat mencuba! :)

3 ulasan:

Ayu berkata...

uuuuiii, sedap nih makan ngan nasi kukus...:)

Yaya Ijat berkata...

mmg sedap...huhu..
tp sue masak aym goreng berempah ni mkn ngan nasi tomato n dalca sayur pn best jgk :)

Unknown berkata...

terima kasih ya kak suraya atas ilmu masak memasak tu . saya suka geledah blog akak cari resipi . hehe tq