derma nuff

“ Selamat Datang..Sila Tinggal Link Kat Komen, Nanti Sue Balas Kunjungan”

Khamis, 20 Januari 2011

sucikah cinta bab 2

"Qis...Qis! Balqis! Tunggu kejap."

Aduh..dia tak dengar pulak aku panggil. Omel Zana, gadis yang memakai baju merah bercorak bunga-bunga kecil. Beg berwarna sedondon di galas kemas. Dia berlari-lari anak mendapatkan Balqis yang sedang berjalan menuju ke kafeteria.

     "Qis..kalau betul pun kau lapar, jangan la tinggal kawan. Sudah la aku panggil kau buat tak dengar."

Zana menegur Balqis dengan nada suara seakan-akan merajuk.
   
  "Ya Allah, Zana! Terkejut aku. Kau ni dari mana? Sorry la. Aku tak dengar pun kau panggil tadi. Lagipun, bukan ke kau keluar awal dari aku tadi?"

Balqis mengurut-urut dadanya. Terkejut dia apabila Zana menegurnya. Memang suara Zana tidak kuat tadi, tapi dirinya sedang mengelamun menyebabkan teguran itu memeranjatkannya.

  " Kan aku pergi jumpa Encik Salleh tadi untuk ambil tugasan yang dia bagi tu. Selepas tu, aku terserempak dengan Ikmal. Dia ade bagi ni kat kau."

Jawab Zana sambil menghulurkan sekeping kertas bewarna kuning kepada Balqis. Balqis lantas menyambut dan membaca isi kandungan yang tertulis pada kertas itu.

    " petang ni jumpa jap boleh? saya tunggu awak dekat taman, tempat biasa. pukul 5 petang. okey?
 yang berharap,
  Ikmal."

Balqis tersenyum dan melipat kertas itu dan kemudiannya menyimpannya di dalam beg . Ikmal memang seorang yang romantis. Sering kali memberinya nota sebegitu walaupun kemudahan teknologi sekarang dah canggih. Tapi kata Ikmal, cara sebegitu lebih indah dan akan menjadi lebih manis.
 Memang mereka tidak bercinta, namun Ikmal seolah menyimpan perasaan istimewa pada Balqis melalui gerak-gerinya.

  "Aik...lepas baca terus senyum-senyum. Apa yang manis sangat si Ikmal tu tulis?" 

Zana menyakat Balqis yang masih lagi tersenyum sendiri.

  "Eh..mana ada.Pandai-pandai je kau ni kan. Dah la.Jom la pergi makan. Aku dah lapar ni. Perut aku dah main muzik gamelan ni. Jom!"

Balqis meneruskan perjalanannya menuju ke kafeteria tanpa memberikan jawapan pada soalan yang diajukan sahabatnya tadi. Zana mengangguk, tanda mengiakan ajakan Balqis  dan terus mengekori sahabat karibnya itu. Perut dia juga sebenarnya sudah meragam minta diisi.

*********
~bersambung~



3 ulasan:

Irma A.Wahid berkata...

wow!!!!
header baru....
i loike so much...
tmbh sweeter~~~kih3

www.keryoki.tk berkata...

oit...buat novel ke ape kat sini..haha

Yaya Ijat berkata...

yup2..uat novel..