derma nuff

“ Selamat Datang..Sila Tinggal Link Kat Komen, Nanti Sue Balas Kunjungan”

Sabtu, 5 Mac 2011

Sucikah Cinta: part 3

    Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Rambut Balqis terbuai-buai lembut. Lantas dia merapikannya kembali.Balqis duduk di bangku taman berdekatan pohon ru. Jam ditangan kirinya direnung lagi. Sudah jam 5 setengah petang, namun bayang Ikmal pun masih belum kelihatan. Kicauan burung menemaninya menunggu kelibat Ikmal. Sambil menunggu, fikirannya merewang jauh ke masa silam.

  "Hey betina! kau ni memang tak guna kan. Rupanya selama ni kau curang belakang aku. Kau ingat aku bodoh? Tak ada otak macam kau?? "


Hariz merentap kasar tangan Balqis. Balqis terpinga-pinga. Dari mana datangnya Hairz? Dan mengapakah dia dituduh sebegitu rupa sedangkan dia hanya sedang berbual bersama Rosman, kawan sekelasnya.


"Abang! Apa ni? Apa yang abang tuduh Qis yang bukan-bukan ni. Ni Rosman, kawan sekelas Qis.Qis sedang bincang pasal study ni abg."


Balqis cuba menerangkan keadaan sebenar. Dia masih lagi terkejut. Rosman pula terkedu. Hariz sepatutnya berada di Sabah sekarang,tapi kenapa tiba-tiba datang mencarinya di kolej?


"Kawan sekelas? study ye? Kau ingat kau tunjuk buku-buku ni semua, aku akan percaya la? Ni nama apa jantan ni yang kau sebut tadi? Rosman ye? Ni Rosman, special untuk jantan macam kau! Perampas awek orang!"


Dussshh! satu tumbukan singgah di pipi Rosman. Rosman terdorong ke belakang kerana tidak dapat mengimbangi dirinya dan langsung tidak menyangka Hariz akan bertindak sebegitu.




   "Qis...elo...Qis..Balqis."


Segala lamunan kisah silam Balqis hilang begitu sahaja. Balqis terkejut. Kini yang berada di depan matanya bukanlah Hariz, mahupun Rosman tetapi Ikmal.


"Maaf lah Qis, sebab buat awak lama tunggu saya. Saya terlewat tadi sebab ada taklimat pasal kejohanan basketball kolej."


Ikmal melabuhkan punggungnya di sebelah Balqis. Dekat. Namun masih lagi menjaga batas. Balqis pula masih lagi terkejut dan cuba menenagkan dirinya kembali. Dia merenung jauh ke tengah tasik yang terbentang indah di depan matanya. 


" Tak apa lah Ikmal. Tak lama sangat pun.Sebenarnya kenapa awak nak jumpa saya hari ni? Kat taman ni pulak tu."


Balqis memandang wajah Ikmal.


"Sebenarnya Qis...saya...."


Tiba-tiba kedengaran derap kaki mendekati mereka.


"Ikmal!!!"


Balqis dan Ikmal serentak berpaling ke arah pemilik suara itu. Seorang perempuan memakai baby-T dan berseluar jeans sendat.


"Hey...kau buat ape kat sini? lama tak nampak kau."










~ bersambung~

1 ulasan:

Isaac Ismael berkata...

alaah..pendek sangat..
suspen betul.