Keputihan memang sinonim dengan wanita. Setiap wanita samada dewasa ataupun remaja sering mengalami keputihan. Ini merupakan situasi biasa kerana faraj dan pangkal rahim sememangnya mengeluarkan lendir atau cecair yang dipengaruhi oleh paras-paras hormon estrogen dan progesteron di dalam darah wanita untuk melindungi sel-sel dan dinding saluran faraj.
Apa itu Keputihan
Keputihan atau flour albus dalam istilah perubatannya adalah cairan yang keluar dari vagina yang ada kalanya disertai dengan kegatalan, nyeri dan rasa terbakar di bibir kemaluan. Cairan ini juga kerap disertai dengan bau busuk di samping menyebabkan rasa sakit sewaktu membuang air kecil dan menjalinkan hubungan seksual.
Cecair keputihan memiliki warna yang bervariasi. ada berwarna putih, kekuningan dan kelabu. Bentuknya pula berupa cecair, kental dan seperti kerak susu. Begitu juga dengan baunya, ada berbau telur busuk, tidak berbau dan ada juga yang hanyir seperti bau ikan.
Tanpa lendir, sel-sel dan dinding saluran faraj akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan akan menimbulkan masalah seperti pendarahan di dinding faraj dan kesakitan sewaktu hubungan seksual. Selain itu, pangkal rahim juga menghasilkan lendir yang memainkan peranan penting di dalam percantuman benih lelaki (sperma) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan sebelum terjadinya kehamilan.
Perlu Rawatan Segera
Namun begitu, lendir atau keputihan yang terlalu banyak tidak boleh dipandang mudah. Ia perlu dirawat dengan kadar segera keranan keputihan kronik boleh menyebabkan kemandulan. Keadaan ini berlaku apabila keputihan yang tidak dirawat akan menyebabkan infeksi ke bahagian dalam rahim sehingga menyebabkan risiko yang bukan sekadar rasa gatal atau bau yang kurang menyenangkan tetapimerosakkan kilang telur, sehingga menyebabkan penyumbatan sel-sel telur dan seterusnya kemandulan.
11 ulasan:
wahh takut la pula kan, cikgu? =.=
tahu xpe...huhu..minta jauh la...
sue nk anak..hehe
kdg2 ada jgk keputihan..salam perkenalan n_n
hti2 tau...kena cegah dr awal...
salam perkenalan jua.. :)
sgt berinfo...by d way thx for the info sue~~~
berguna nih
nice info.
nice info.
pergh..entry yg penuh dengan info.. :) macam doktor plak cikgu nie..hahaha
Regards,
-Strider-
heeee...duk surf tenet td...pastu trjumpa info ni..tu yg share ngan korang sume....
hey cikgu..
gd info n sahring here..
tinkiu
eeeuuuuuwwww..
hehehehehe
Catat Ulasan