derma nuff

“ Selamat Datang..Sila Tinggal Link Kat Komen, Nanti Sue Balas Kunjungan”

Rabu, 20 April 2011

lelaki juga mandul jika......

sebelum ni sue ada tulis pasal punca kemandulan perempuan kan...jadi hari ni sebaliknya pulak...lelaki pun boleh mandul...
Tahukah korang kemandulan bukanlah di pihak isteri semata-mata, lelaki juga tidak kecuali dari mengalami masalah mandul ini. Oleh itu, janganlah asyik menyalahkan pihak isteri apabila anda tidak mempunyai zuriat setelah beberapa tahun korang  berkahwin. Seperti wanita juga, ada banyak sebab mengapa lelaki boleh jadi mandul. Berikut disenaraikan 9 sebab mengapa lelaki mandul

.

  1. Kemandulan boleh di sebabkan oleh seseorang lelaki yang mengalami penyakit Klineelters Syndrome iaitu sejenis penyakit semula jadi yang diwarisi. Lelaki yang mempunyai penyakit ini memiliki kelainan pada alat kelaminnya, biasanya saiz penis yang amat kecil. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai daya untuk mengeluarkan benih-benih sperma.
  2. Pernah mengalami penyakit kronik dalam tempoh yang panjang. Misalnya, sejak di dalam kandungan ibu, mengalami demam panas yang melampau, penyakit kelamin atau terlibat didalam kemalangan yang menyebabkan buah zakar rosak.
  3. Mengalami jangkitan kuman dan penyakit kelamin yang terlular ketika melakukan hubungan seks bebas dengan wanita yang membawa kuman gonorhea, sifilis, HIV, herpes, genital, dan sebagainya.
  4. Akibat dari penyakit varicoles atau hernia. Ia menyebabkan buah zakar menjadi besar, keras dan sakit. Begitu juga dengan urat-urat di sekitarnya turut membesar dan mengeras.
  5. Menghadapi masalah pada skorotum, bahagian yang menghasilkan air mani. Ia tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan tidak berupaya mengeluarkan sperma yang bermutu. Sebaliknya sperma yang dikeluarkan tidak mempunyai benih.
  6. Kemandulan juga boleh disebabkan oleh kecacatan sesorang lelaki seperti dilahirkan dengan hanya sebelah buah zakar, mengalami gangguan hormon testosterone ataupun testicular failure.
  7. Mengalami mati pucuk, impoten, lemah tenaga batin, pancutan air mani yang pramatang, penis mengecil, hilang ghairah atau nafsu seks, tekanan emosi yang serius dan lain-lain lagi ( Masalah peribadi )
  8. Lelaki yang terlalu banyak mengambil ubat-ubatan seperti ubat kencing manis, ubat antipsychotic, termasuk Chiorpromazine, Haloperidol dan Antidrepressant seperti Amitriptyline dan Imipramine.
  9. Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol, selalu duduk dalam keadaan panas dan kotor seperti pencemaran asap kenderaan, bahan kimia dari kilang seperti radioaktif.

p/s: jadi lelaki pun kena hati-hati dan jaga kesihatan...


7 ulasan:

deDetz berkata...

wahh..bgitu pula ya kak..huhu
harap dijauhkan la

Azlan Hasan berkata...

seram sejuk aku baca entry nie..hehehe..

Regards,
-Strider-

Suraya berkata...

huhu..harap2..cam gitu le....

cikgu fiQ berkata...

aish!mcm2 la....follow sy ye?
http://simpleasfiq.blogspot.com/

cik fza berkata...

scary2.

srikandi cinta berkata...

ouh..bru tahu..tq sharing :)

alongxp berkata...

so far so good lagi...hehehe

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...