Angin bertiup perlahan meniup
rambut yang menutupi wajahku. Sejuk ...itu yang ku rasakan apabila pipi yang
basah dengan juntaian manik airmata disapa angin itu. Tanganku masih terus
menulis diatas sehelai kertas berwarna ungu lembut. Satu coretan khas untuk
seseorang...Ya Allah...apakah aku kuat untuk menghadapi semua ini? Semuanya sudah
sempurna untukku, namun aku tak mampu meneruskannya..semuanya makin menghampiri...tinggal
lagi 3 bulan dan rahsia ini masih ku pegang rapi seutuhnya..hanya aku dan tuhan
yang mengetahui..
Izham... lelaki yang amat
mencintai aku dan sesungguhnya aku lah wanita yang paling bertuah apabila
disuntingnya untuk menjadi isteri, permaisuri hidupnya..masih ku ingat saat
Izham meluahkan isi hati untuk memperisterikan aku, aku bagaikan tidak
percaya..lelaki yang selama ini aku hanya mampu kagumi dari jauh,menyimpan
sedikit rasa hati ini untuknya, telah pun membalas cintaku bahkan memilih aku
untuk menjadi suri hidupnya..aku? aku hanya lah seorang wanita yang tak punya
apa-apa istimewa..tapi aku yg menjadi pilihan Izham..aku bahagia dengan
kehadiran Izham dan menerima
lamaranya..terima kasih Izham...
Ayah
dan ibu...
terlalu banyak jasa dan budi kalian terhadapku..kalian membesarkan ku dengan
penuh kasih sayang..ibu, ibulah ibu terbaik didunia ini..memang dulu aku kadang
kala marah dan memberontak dengan ibu kerana ibu menyekat kebebasan ku sebagai
anak remaja, tapi kini aku faham..aku mengerti..selama ini ibu begitu kerana
ibu amat menyayangi aku...dan ayah...ayah sangat aku kagumi...insan yang tabah
dan cekal menghadapi segalanya..insan yang banyak menasihatiku...sememangnya aku
anak manja..anak yang sering dibelai dan dilimpahkan kasih sayang walaupun
kurangnya harta dan wang ringgit...aku syukur,..dan aku amat ingin bahagiakan
ibu dan ayah... ibu,ayah...terima kasih ya...
Dan kini haruskah aku
musnahkan kebahagian yang sedang mereka kecapi? Aku tak punya pilihan
lain...aku tak nak mereka menderita selepas ini. Aku amat sayangkan
Izham...tapi aku tak mampu untuk memilikinya...aku harus lepaskannya..tapi
bagaimana? Bagaimana untuk aku jelaskan semuanya pada mereka? Barah otak yang
sedang aku hadapi kini menjadi penghalang untuk aku bahagiakan mereka.. aku
bahagia melihat senyuman yang terukir dibibir mereka...terutama sekali ibu..ibu
sangat teruja menyiapkan persiapan majlis pernikahanku yang tinggal 3 bulan
lagi untuk dilangsungkan..ayah pula sudah siap dengan angan-angan untuk
bermenantukan Izham..dan Izham sendiri, iaitu tunanganku kini sedang sibuk
menguruskan persiapan pernikahan kami juga...jelas terpancar keterujaan dan kesungguhan
dimatanya. Dia benar-benar tidak sabar untuk disatukan denganku, gadis
berpenyakit barah yang tidak pernah diketahuinya. Aku jadi kelu,bisu, tak mampu
mengungkapkan kebenaran yang baru ku terima dua bulan lalu..aku sering jatuh
sakit dan sakit kepala..ku pikirkan ianya hanya kesan kerana aku stress, tapi
ternyata keputusan pemeriksaan kesihatan yang doktor Shima jelaskan padaku lain
pula keputusannya.. aku disahkan menghidapi barah otak dan punyai masa kurang
dari 6 bulan untuk hidup..
Apa aku mahu biarkan Izham
menjadi duda setelah bernikah sebulan dengan ku? Itu pun kalau sempat sehingga
sebulan, kalau lebih awal aku pergi?bagaimana? Aku buntu..makin hari sakit
kepalaku makin menjadi-jadi..Izham ingin membawaku ke klinik, namun aku
berkeras dan terpaksa berlakon sambil menahan sakit seolah-olah sakit ku makin
reda.. dan Izham mempercayaiku..maafkan aku Izham... aku takut.. aku takut
untuk mengecewakanmu.. kerna apa jua tindakanku pasti akan mengguris hatimu..
jika aku batalkan majlis pernikahan kita, pasti aku akan dimarahi dan
dihina..malah pasti kau juga akan membenci aku..tapi aku tak kisah jika itu
yang terbaik untukmu...aku tak mahu nanti kau lebih terseksa..sekurang-kurangnya
memudahkan kau untuk membuka hati untuk wanita lain...aku tak kisah
dibenci,yang aku mahu, kau bahagia kerana kau layak memiliki kebagiaan..ya! aku
harus putuskan hubungan ini! Maafkan aku, Izham..sesungguhnya aku amat
mencintaimu..
Dan hari ini..mungkin saat
kau baca surat ini, aku sudah tiada, Izham...maafkan aku..maafkan aku kerana
memutuskan pertunangan kita pada hari itu tika majlis pernikahan hanya tinggal seminggu sahaja
lagi. Aku sudah puas berfikir..makin aku berfikir, makin sakit kepala aku...
dan aku terpaksa buat keputusan itu.. aku tak mampu jadi isteri kau, aku tak
mampu untuk hidup bersama kau seperti mana yang kau angankan,...kau pernah
berkata, kau ingin punyai anak yang ramai dengan aku kan? Jika hidup aku pun
dah tak lama, mana mungkin aku akan melahirkan zuriat buatmu? Aku amat
mencintaimu Izham...amat sangat...dan untuk membuat kata putus itu, kau sakit
sangat..sakit...sakit, izham... dan aku pasti kini kau faham kenapa aku
putuskan hubungan kita dulu.. aku harap kau jumpa pengganti aku dan
berbahagialah... doakan aku tenang disana.. :’)
Hana
Shahirah.
p/s: lama xmenulis..sajee gedik2 tulis cerita pendek...huhu
2 ulasan:
Ingatkn kisah bnar
Kl cerita sedih senang nak create kan,yang susahnya happy ending... :)~
Catat Ulasan