derma nuff

“ Selamat Datang..Sila Tinggal Link Kat Komen, Nanti Sue Balas Kunjungan”

Selasa, 5 Mac 2013

"maafkan aku, Izham..."



Angin bertiup perlahan meniup rambut yang menutupi wajahku. Sejuk ...itu yang ku rasakan apabila pipi yang basah dengan juntaian manik airmata disapa angin itu. Tanganku masih terus menulis diatas sehelai kertas berwarna ungu lembut. Satu coretan khas untuk seseorang...Ya Allah...apakah aku kuat untuk menghadapi semua ini? Semuanya sudah sempurna untukku, namun aku tak mampu meneruskannya..semuanya makin menghampiri...tinggal lagi 3 bulan dan rahsia ini masih ku pegang rapi seutuhnya..hanya aku dan tuhan yang mengetahui..

Izham... lelaki yang amat mencintai aku dan sesungguhnya aku lah wanita yang paling bertuah apabila disuntingnya untuk menjadi isteri, permaisuri hidupnya..masih ku ingat saat Izham meluahkan isi hati untuk memperisterikan aku, aku bagaikan tidak percaya..lelaki yang selama ini aku hanya mampu kagumi dari jauh,menyimpan sedikit rasa hati ini untuknya, telah pun membalas cintaku bahkan memilih aku untuk menjadi suri hidupnya..aku? aku hanya lah seorang wanita yang tak punya apa-apa istimewa..tapi aku yg menjadi pilihan Izham..aku bahagia dengan kehadiran Izham dan menerima  lamaranya..terima kasih Izham...

Ayah dan ibu... terlalu banyak jasa dan budi kalian terhadapku..kalian membesarkan ku dengan penuh kasih sayang..ibu, ibulah ibu terbaik didunia ini..memang dulu aku kadang kala marah dan memberontak dengan ibu kerana ibu menyekat kebebasan ku sebagai anak remaja, tapi kini aku faham..aku mengerti..selama ini ibu begitu kerana ibu amat menyayangi aku...dan ayah...ayah sangat aku kagumi...insan yang tabah dan cekal menghadapi segalanya..insan yang banyak menasihatiku...sememangnya aku anak manja..anak yang sering dibelai dan dilimpahkan kasih sayang walaupun kurangnya harta dan wang ringgit...aku syukur,..dan aku amat ingin bahagiakan ibu dan ayah... ibu,ayah...terima kasih ya...

Dan kini haruskah aku musnahkan kebahagian yang sedang mereka kecapi? Aku tak punya pilihan lain...aku tak nak mereka menderita selepas ini. Aku amat sayangkan Izham...tapi aku tak mampu untuk memilikinya...aku harus lepaskannya..tapi bagaimana? Bagaimana untuk aku jelaskan semuanya pada mereka? Barah otak yang sedang aku hadapi kini menjadi penghalang untuk aku bahagiakan mereka.. aku bahagia melihat senyuman yang terukir dibibir mereka...terutama sekali ibu..ibu sangat teruja menyiapkan persiapan majlis pernikahanku yang tinggal 3 bulan lagi untuk dilangsungkan..ayah pula sudah siap dengan angan-angan untuk bermenantukan Izham..dan Izham sendiri, iaitu tunanganku kini sedang sibuk menguruskan persiapan pernikahan kami juga...jelas terpancar keterujaan dan kesungguhan dimatanya. Dia benar-benar tidak sabar untuk disatukan denganku, gadis berpenyakit barah yang tidak pernah diketahuinya. Aku jadi kelu,bisu, tak mampu mengungkapkan kebenaran yang baru ku terima dua bulan lalu..aku sering jatuh sakit dan sakit kepala..ku pikirkan ianya hanya kesan kerana aku stress, tapi ternyata keputusan pemeriksaan kesihatan yang doktor Shima jelaskan padaku lain pula keputusannya.. aku disahkan menghidapi barah otak dan punyai masa kurang dari 6 bulan untuk hidup..

Apa aku mahu biarkan Izham menjadi duda setelah bernikah sebulan dengan ku? Itu pun kalau sempat sehingga sebulan, kalau lebih awal aku pergi?bagaimana? Aku buntu..makin hari sakit kepalaku makin menjadi-jadi..Izham ingin membawaku ke klinik, namun aku berkeras dan terpaksa berlakon sambil menahan sakit seolah-olah sakit ku makin reda.. dan Izham mempercayaiku..maafkan aku Izham... aku takut.. aku takut untuk mengecewakanmu.. kerna apa jua tindakanku pasti akan mengguris hatimu.. jika aku batalkan majlis pernikahan kita, pasti aku akan dimarahi dan dihina..malah pasti kau juga akan membenci aku..tapi aku tak kisah jika itu yang terbaik untukmu...aku tak mahu nanti kau lebih terseksa..sekurang-kurangnya memudahkan kau untuk membuka hati untuk wanita lain...aku tak kisah dibenci,yang aku mahu, kau bahagia kerana kau layak memiliki kebagiaan..ya! aku harus putuskan hubungan ini! Maafkan aku, Izham..sesungguhnya aku amat mencintaimu..

Dan hari ini..mungkin saat kau baca surat ini, aku sudah tiada, Izham...maafkan aku..maafkan aku kerana memutuskan pertunangan kita pada hari itu  tika majlis pernikahan hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Aku sudah puas berfikir..makin aku berfikir, makin sakit kepala aku... dan aku terpaksa buat keputusan itu.. aku tak mampu jadi isteri kau, aku tak mampu untuk hidup bersama kau seperti mana yang kau angankan,...kau pernah berkata, kau ingin punyai anak yang ramai dengan aku kan? Jika hidup aku pun dah tak lama, mana mungkin aku akan melahirkan zuriat buatmu? Aku amat mencintaimu Izham...amat sangat...dan untuk membuat kata putus itu, kau sakit sangat..sakit...sakit, izham... dan aku pasti kini kau faham kenapa aku putuskan hubungan kita dulu.. aku harap kau jumpa pengganti aku dan berbahagialah... doakan aku tenang disana.. :’)

Hana Shahirah.




p/s: lama xmenulis..sajee gedik2 tulis cerita pendek...huhu


2 ulasan:

Awananology Studio berkata...

Ingatkn kisah bnar

Izham's berkata...

Kl cerita sedih senang nak create kan,yang susahnya happy ending... :)~