derma nuff

“ Selamat Datang..Sila Tinggal Link Kat Komen, Nanti Sue Balas Kunjungan”

Isnin, 15 Julai 2013

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi


Assalamualaikum semua..selamat berpuasa...
resipi lagi hari ni..

Semalam masak Ayam Masak Lemak Cili Padi untuk juadah berbuka..maklumlah suami ade balik minggu ni... Alhamdulillah menjadi...encik suami bagi 7 bintang daripada 5 bintang..wawawa..seronok...kembang kempis hidung kan..hehe

sue lupa nak amik gambar semalam..so, minta tolong pakcik google je carikan gambar..gini le rupanya ayam masak lemak cili padi.



so, ni sue nk kongsi ngan korang resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi.

bahan-bahan:

- seekor ayam (potong ikut suka nk saiz besar mne kan)
- 4 biji kentang (dipotong empat)
- 5 batang serai
- 2 helai daun kunyit (dihiris)
- santan secukupnya
- 2 asam keping
- garam dan gula secukupnya.

bahan kisar:

- 7 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup (kalau nk letak lebih pun xpe)
- segengam cili padi / cili kampung yang kecik2 tu..ikut suka la nk banyak mane..kalau suke pedas, letak lebih.


cara- caranya :

1. masukkan ayam , serai, dan bahan kisar ke dalam periuk. 
2. gaulkan dan masak sehingga mendidih dan ayam kecut sedikit.
3. tuang santan dan biar mendidih seketika.
4. masukkan kentang, asam gelugur dan hirisan daun kunyit.
5. setelah masak, sabar....jangan makan lagi..tak masuk waktu berbuka lagi..hehehe.

senang je kan..


jom cuba! selamat memasak :D



Tiada ulasan: