derma nuff

“ Selamat Datang..Sila Tinggal Link Kat Komen, Nanti Sue Balas Kunjungan”

Selasa, 2 Julai 2013

Resipi Biskut Coklat Cip

Resipi Biskut Coklat Cip


nyum3....bagi yang gemarkan biskut coklat cip ni, boleh la cuba buat sebagai hidangan di hari raya nanti :D


jom tengok camne nak buat...tahun lepas sue da buat biskut ni..sedap!

BAHAN-BAHAN :

Bahan A:

125 gm mentega
100 gm gula kastor

Bahan B:
1 sudu teh perisa coklat
60 gm ais

Bahan C:
(ayak)
100 gm tepung gandum
80 gm tepung serbuk penaik (raising flour)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh baking powder
1/8 sudu teh emplex

Bahan D :  

80 gm cornflakes (dikisar halus)
30 gm coklat urai

cara - caranya:

1. putar bahan A di dalam mangkuk adunan sehingga sedikit kembang.
2. masukkan bahan B, C, dan D. Kacau perlahan-lahan sehingga menjadi adunan biskut yang sebati.
3. selepas itu, ambil sesudu teh adunan td. (sapu sedikit marjerin pada dulang pembakar supaya biskut xmelekat.sikit sje tau). bulatkan dan letak atas dulang pembakar  dan tekan sedikit dengan garfu.ulang langkah sehingga habis semua adunan.
4. bakar didalam ketuhar yang sudah dipanaskan dahulu pada suhu 160°C selama 15 -20 minit atau sehingga masak.


lepas tu boleh ngap3...tapi kalau siang2 bulan pose jangan ngap plak...xpasal2 ade yg batal pose n kene lepok kang... :P

4 ulasan:

Kitchen Maktok (Sajian Dapur Bonda) berkata...

Salam perkenalan daripada Kak Noor. Nampak menarik biskut coklat cip itu. Semalam baru akak buat, tapi guna resepi dalam video Try Masak. Just nak tanya sikit, dalam resepi itu ada digunakan ais. Untuk ape ye? Ingat nak cuba resepi ini pula.

Kitchen Maktok (Sajian Dapur Bonda) berkata...

Salam perkenalan daripada Kak Noor. Nampak sedap biskut cip coklat tu. Semalam baru Kak Noor cuba buat guna resepi dalam video TRY MASAK. Just nak tanya sikit, dalam resepi itu, ais digunakan. Untuk apa ye? Teringin pula nak cuba resepi ini sebab ada cornflakes dan coklat urai.TK

Yaya Ijat berkata...

salam...xthu la kak nor...sy pn lupa amik resepi ni kt mne..sblum ni wat biskut ni jgk..tp gune resepi lain..ni bru nk try yg ni..hehe

Unknown berkata...

Salam,

Biskut itu kelihatan sedapnya...tak sabar nak cuba buat.